OK, topiknya adalah material kasut anda. Pernahkah anda mengamati bahagian dalam kasut anda? Adakah anda yakin yang bahagian dalam tu adalah kulit asli atau pun memang betul-betul PVC atau apa-apa yang sewaktu dengannya? Atau adakah anda lihat bahagian dalam kasut anda kelihatan seperti ini?

Kalau jawapan anda ya, silalah buang kasut-kasut itu. Ketahuilah bahawa kasut tu diperbuat dari kulit piggy. Mulanya aku pun tak aware dengan isu ni. Sampailah terdetik nak tengok macam mana rupanya kasut yang dibuat daripada kulit binatang haram tu. Sejak tu, kalau shopping kasut aku takkan sewenang-wenangnya memegang bahagian dalam kasut sebab dah banyak kali aku terjumpa yang sedemikian. Sebab tulah kalau kau orang shopping kasut dengan aku, kau orang akan kata aku ni gedik. Pegang kasut macam pegang tahi. Lebih baik aku gedik, dari aku kena samak nanti. Sampai orang kedai pun meluat tengok perangai aku yang jijik nak pegang kasut. Huhu.. Aku cuma tak nak pegang najis. Takkanlah aku nak sembur depan-depan cakap kasut kau jual tu kulit piggy. Tapi memang serius banyak kasut kat kedai-kedai sekarang buat guna kulit binatang ni. Oh, aku bercakap tentang kedai kasut biasa-biasa. Bukan kedai kasut Scholl ataupun Clarks. Sebab so far aku tak nampak lagilah kasut-kasut menggunakan kulit binatang itu. Tapi, hati-hati sajalah. Kita kan orang Islam. Najis mughallazah tu. Tak sah solat!
OK, jom sembang ilmu sikit. Najis bermaksud sesuatu yang kotor dan menyebabkan sesuatu ibadat tidak sah dilakukan seperti solat, tawaf dan seumpamanya. Najis mughallazah pula adalah najis kategor berat yang terdiri daripada anjing, piggy dan keturunan salah satu dari mereka. Dan sekiranya terkena mana-mana yang dikategorikan daripada binatang-binatang tadi hendaklah dibuang najis tu terlebih dahulu kemudian dibasuh tempat yang terkena dengan air tanah (bukan pasir mahupun debu) sekali dan air mutlaq 6 kali. So, kalau kita dah terpegang kasut-kasut sedemikian, jatuhlah hukum najis mughallazah dan mestilah bersuci seperti yang disebut tadi.
Cara nak tengok dan kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit piggy ialah :
1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit piggy adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit piggy ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit piggy. Jadi, jangan gatal tangan main beli saja. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini ;
![]()
2. Harga barang kulit piggy ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.
3. Biasanya kulit piggy ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit piggy biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit piggy ini agak lembut.
4. Kulit piggy ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt piggy juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.
Silalah pastikan yang kasut, beg, dompet atau apa-apa yang anda pakai tu bukanlah datangnya dari binatang-binatang najis berat ni. Tapi sumpah memang murah tengok kasut-kasut yang diperbuat dari kulit piggy ni. Sebab tulah mereka tak kisah letak discount sampai 70%-80%. Dahlah cantik, murah pula! Siapalah tak rasa nak beli banyak-banyak. So, berhati-hatilah orang Islam! Ini baru soal barang pakai. Kalau soal makan, tak perlulah rasanya saya cerita. Kau orang tentu dah arif juga kan? Baca sajalah ingredients tertera and kalau nak lagi senang tengok list makanan halal yang JAKIM issued. :)Pelik juga. Kenapalah piggy yang jadi pilihan. Dahlah bawa banyak penyakit. Piggy, piggy... Tunggu apa lagi? Pergi check kasut kau orang! Kasut aku suci! Hahaha..
p/s: Amin suruh jadi ayu. Maka kena tukar perkataan b*** kepada piggy. Tak dapat mencarut free. :P

